MY NEXT PROJECT “SEPI”

07_0608_TMO_Sepi copy

Kisah drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Hasif seorang usahawan automotif yang berjaya, meluaskan kerjayanya dengan membuka beberapa pusat servis kereta terbaik sekali di ibu kota. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Safwan seorang eksekutif syarikat yang sekian hari cuba melenyapkan memori lampaunya dengan teman wanitanya yang agak mengongkong dirinya. Akhir sekali Taufik seorang aktivis multimedia muda yang menjadikan setiap karya multimedianya seperti filem pendek & puisi sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Leave a comment »

RAMAI SAUDARAKU YANG BAIK TELAH DIPIJAK

PERISTIWA BUKIT KEPONG

semalam hari ahad 26 april 2009  jam 9.00 pm-11.00pm, aku menonton, filem Bukit Kepong. aku jadi sayu melihat bangsa aku dipijak..dipijak oleh PARTI KOMUNIS BANGSAT LAKNATTULLAH

bukit-kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan

2. Keadaan balai polis yang terpencil

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Leave a comment »

AKU TERTIPU (SCRIPT)

FULL SCRIPT : AKU TERTIPU

BY

Muhamad Taufik Bin Kamarudin

1. FADE IN

2. EXT. SIMPANG JALAN PANG 5 – PETANG

Pada suatu petang, kira-kira jam 6.30 petang. Ada 2 orang Kutu Rayau bernama Ngok & Ngek sedang menunggang motosikal sambil bersuka ria. Ketika mereka berdua sedang bersuka ria, Ngok & Ngek ternampak seorang gadis cantik yang sedang menunggu bas di pondok perhentian bas berdekatan yang jaraknya berdekatan dengan jarak mereka berada.

NGOK

(terkejut)

Wei ada ayam la..

NGEK

Fulamak bergetah la macam Paris Hilton siot..ee geramnya

aku..

NGOK

Apa lagi wei..eh jom pi kat dia, cepatla wei gua dah geram tahap gaban.. tengok minah tu..fuh dia bibir macam Angelina

Jolie tu, wei cepat jom pi terkam minah tu..

Tanpa membuang masa, Ngok & Ngek terus menuju pondok pernemtian bas tersebut untuk memikat gadis tersebut.

3. END OF SCENES

4. FADE IN

5. EXT. PONDOK PERHENTIAN BAS – PETANG

Sampai saja di perhentian bas tersebut Ngok & Ngek terus mengorat gadis tersebut.

NGOK

Hai Cik Adik dah kahwin ke belum..weuk..hahahaha

NGEK

Wei Ngok cuba lu sopan sikit macam gua ni ha..erm, apa khabar cik adik, cik adik sihat?

NGOK

(ketawa)

Mestilah dia sihat, tengok ajelah body dia pun dah macam gundi beras..ops silap macam, maksud saya awak ni macam Adibah Noor..hahahaha

NGEK

Cik Adik hello..cakapla sikit …senyumla sikit..mentang-mentangla kulit muka dia macam Kak Nita, nak jual mahal pulak..

NGOK

Huh, macam takde respond je bro?

Tiba-tiba Ngok & Ngek mendapat satu idea dimana mereka akan menyanyikan sebuah lagu cinta kepada gadis tersebut.

NGOK

Ngek apa kata lue ngan gua nyanyi satu lagu kat minah ni..kita bagi dia cair sikit..camne ?

NGEK

Okay cool, lue mula dulu nyanyi

NGOK

Okay Cik Adik dengar Abang Ngok nak nyanyi ni okay

NGEK

Cik Adik Sayang, lepas Abang Ngok nyanyi dengar Abang Ngek Pula nyanyi okay..ha Ngok nyanyi cepat lagu Ning Baizura dengan gaya sekali kalau boleh lentok-lentok sikit macam Ella..

Tanpa membuang masa, mereka terus menyanyi lagu-lagu cinta masing-masing yang mereka tahu dengan syahdunya..

NGOK

(menyanyi)

“Keasyikan layananmu membawakan kemesraan diantara sejuta kenangan diaba….uhuk.. uhuk..aa ba..uhuk..uhuk..”

Secara tiba-tiba nyanyian Ngok terhenti. Nyanyian Ngok terhenti kerana tiba-tiba dia mengalami masalah batuk dan tekak berlendir ketika beliau sedang menarik suara tahap yang tinggi semasa menyanyi.

NGOK

(batuk)

huk huk huk huk..Ngek sori, tiba-tiba time nak tarik suara part yang abadi…. Ubat batuk ada tak??

NGEK

Adoi macam mana boleh batuk pula ni ? adoi kau ni Hampeh la!!

NGOK

Entahla wei, kalau aku nyanyi je mesti batuk. Aku rasa mungkin masalah ni kot yang buat Adlin reject aku masa pi audition AF dulu..ha sekarang cuba kau nyanyi pula..

NGEK

Ape la lue ni,apa barang nyanyi cam kat AF, kuantiti je lebih dari kualiti, tengok macam gua nyanyi cam American Idol, sekarang ni tengok gua nyanyi pulak.. “jangan kau bimbang sayang, dimana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya”….ha macam tu la yang nyanyi….

Setelah mendengar nyanyai oleh Ngek, tiba-tiba tersebut tersenyum, kearah mereka berdua.

NGOK

(gembira)

Eh Cik Adik dah mula senyum la..lawanya..

NGEK

Itu la aku rasa ni mesti gara-gara nyanyian aku yang dia senyum..hmm Cik Adik suka ke lagu yang saya nyanyi tadi.

Gadis tersebut tidak bercakap, dia Cuma menggelengkan kepala dan tersenyum sahaja

NGOK

Kalau macam tu, bolehla kita berkenalan, tukar-tukar no fon. Anyway hai nama Saya Zakaria bin Putih tapi panggil Ngok saje..nama anda Azura kan ??

NGEK

Nama saya pulak, Yop Pekabor, tapi panggil Ngek saje.

NGOK

(ketawa)

Ya Allah ! sekarang ni aku baru aku tahu nama betul lue. Patutlah bila aku nak fotostat IC lue, lue tak bagi, Yop Pekapor rupanye nama betul lue, dulu lue kata nama lue betul Danial Zulkarnain, rupanye Yop Pekabor. Apasal buruk sangat nama lu tu bro hahahaha…..

NGEK

(sedih)

Ni semua gara-gara Bapak gua la, dulu masa gua nak buat IC, bapak gua tegur kawan dia yang keje kat ofis jabatan pendaftaran, nama kawan dia Yop, jadi dia pun tegurla Yop tu, Yop Pekabor..so pegawai pendaftaran tu dia ingat nama Yop Pekabor, lepas tu dia pun register la nama gua sebagai Yop Pekabor..Yop Pekabor meaning Yop Apa Khabar, bapak gua kan orang Perak, so macam tu la pronounanciation dia..

NGEK

Eh, Cik Adik ni asyik senyum je, kenapa lawak sangat ke nama saya tu??

Gadis tersebut tidak bercakap, dia Cuma menggelengkan kepala dan tersenyum sahaja

NGOK

Cik Adik, Abang-abang 2 orang ni dah introduce nama masing-masing, nama Cik Adik ni sape pula, bagi la tahu, jangan la asyik senyum je 24 jam.

NGEK

Cik Adik Sayang, sape name, please bagitahu je la

Setelah mendengar pujuk raya Ngok & Ngek mengalah dan terpaksa memberitahu namanya kepada mereka berdua..

NGOK

Cik Adik, Please bagitahu je la okay?

Gadis tersebut mengganguk kepalanya, sebagai tanda setuju untuk memberitahu namanya kepada mereka berdua

NGEK

Bagitahu la

GADIS

(gembira)

Nama I kalau dalam IC Rahim Bin Maarof, itu nama siang, kalau malam pulak nama Rihanna. Eh!! Handsome la Abang berdua, ha motor Abang berdua pun cantik, Honda EX5 lagi.

Tiba-tiba Ngok & Ngek Terngamam buat seketika, kerana mereka baru sedari bahawa gadis tersebut bukanlah gadis yang tulin. Rupa-rupanya gadis tersebut adalah lelaki yang berkelakuan dan berpakaian seperti wanita (Mak Nyah).

NGOK

(terkejut)

Ya Allah!! Ku sangkakan Belut untuk dibuat hidangan, rupa-rupanya ular dibuat untuk dimakan..aiyoh Ngek aku ingat minah ni original rupa-rupanya yang Bapok la..wei blah blah..

NGEK

(takut)

Ha..ha..ye..ye blah blah gua pun dah mula seram dah ni.

Tanpa membuang masa, Ngok & Ngek dan membonceng motorsikal mereka dengan lajunya dan meninggal pondok perhentian bas tersebut dan juga gadis itu yang merupakan seorang pondan.

GADIS

(menjerit)

Eh!! Abang Ngok & Ngek nak pegi mane tu la, tunggulah saya, saya pun nak bonceng juga..hmm Abang berdua ni mesti Mat Rempit..Abang Ngok!!!..Abang Ngek!!!…I like Mat Rempit…

Ngok & Ngek terus pergi jauh dari tempat tersebut dah berazam, dimana mereka berazam akan lebih berhati-hati ketika ingin mengorat wanita di hari yang lain .

6. END OF SCENES

Leave a comment »

AKU TERTIPU ( The Treatment )

This my script for mr syihan class. this script actually a comedy story , actually i’m not good in writting a comedy story..but i try my best so enjoyed the story first okay.. 🙂

AKU TERTIPU

by

Muhamad Taufik Bin Kamarudin


Pada suatu petang, kira-kira jam 6.30 petang. Bertempat di pondok perhentian Bas, ada 2 orang kutu rayau bermotosikal Honda EX5 berwarna hitam dan kelabu yang bernama Ngok & Ngek, sedang berliaran dia kawasan Simpang Jalan Pang 5 dan lalu datang bertandang ditempat pondok perhentian bas tersebut kerana, Kebetulan di pondok perhentian bas tersebut ada seorang gadis yang bergaya bak Paris Hilton, bibir mulutnya seakan bibir mulut Angelina Jolie, warna kulitnya seperti Anita Sarawak dan susuk tubuhnya pula amat memikat seperti susuk tubuh Adibah Noor, sedang menunggu bas di pondok perhentian bas tersebut.

Tanpa membuang masa, dengan wajah yang seakan-akan Mr Os dan Ketinggian seperti Pak Uda, Ngok & Ngek cuba mengorat gadis tersebut dengan sebaik-baik mungkin. Namun taktik mengorat mereka tidak menjadi. Ngok & Ngek tidak berputus asa malah mereka terus mengorat gadis tersebut. Dan keputusannya adalah sama, taktik mengorat tidak menjadi sekali lagi.

Sampai di suatu ketika, Ngok & Ngek mendapat satu idea dimana mereka akan menyanyikan sebuah lagu cinta kepada gadis tersebut. Tanpa membuang masa, mereka terus menyanyi lagu-lagu cinta masing-masing yang mereka tahu dengan syahdunya. Akhirnya kejayaan berpihak kepada mereka, dimana idea untuk menyanyi lagu-lagu cinta menjadi akhirnya, tanpa diduga gadis tersebut memberikan respon kepada mereka berdua, dimana gadis tersebut tersenyum kepada mereka terutama sekali apabila gadis tersebut mendengar paduan suara Ngok & Ngek menyanyikan lagu-lagu cinta yang sememangnya lagu-lagu tersebut merupakan lagu kegemaran gadis tersebut.

Dengan perasaan yang gembira, Ngok & Ngek terus memperkenalkan diri mereka kepada gadis tersebut.Setelah mereka selesai memperkenalkan diri masing-masing, Ngok & Ngek meminta gadis tersebut memperkenalkan dirinya kepada mereka, malangnya gadis tersebut hanya berdiam diri dan tersenyum sahaja kepada mereka. Sampai di suatu ketika, Ngok & Ngek terpaksa menggunakan kekerasan dimana mereka meminta gadis tersebut memperkenalkan diri. Dengan perasaan yang terdesak & ketakutan, dan tanpa membuang masa gadis tersebut terpaksa memperkenalkan dirinya kepada Ngok & Ngek.

Apabila gadis tersebut memperkenalkan dirinya, Ngok & Ngek berasa amat terkejut apabila mereka mendengar suara gadis tersebut dan juga baru mendapat tahu bahawa gadis tersebut merupakan lelaki yang berkelakuan dan berpakaian seperti perempuan (Mak Nyah). Dengan perasaan yang terkejut, Ngok & Ngek terus pergi jauh meninggalkan pondok perhentian bas dan mereka juga turut meninggalkan motosikal mereka di pondok perhentian tersebut.

Leave a comment »

The Romatic Criminal Couple

225px-bonnieclyde_f

THE STORY OF BONNIE & CLYDE

Bonnie Parker (October 1, 1910 – May 23, 1934) and Clyde Barrow (March 24, 1909 – May 23, 1934) were well known outlaws, robbers, and criminals who, with their gang, traveled the Central United States during the Great Depression. Their exploits were known nationwide. They captured the attention of the American press and its readership during what is sometimes referred to as the “public enemy era” between 1931 and 1934. Though their gang was notorious for their bank robberies, Barrow preferred to rob small stores or gas stations. The gang was believed to have killed at least nine police officers, among several other murders.

Though the public at the time believed Parker to be a full partner in the gang, and thus its crimes, her role in the Barrow Gang crimes has long been a source of controversy. Gang members W. D. Jones and Ralph Fults testified that they never saw Bonnie fire a gun, and described her role as logistical. Writing with Phillip Steele in The Family Story of Bonnie and Clyde, Marie Barrow, Clyde’s youngest sister, made the same claim: “Bonnie never fired a shot. She just followed my brother no matter where he went.” In his interview with Playboy magazine, W. D. Jones said of Bonnie: “As far as I know, Bonnie never packed a gun. Maybe she’d help carry what we had in the car into a tourist-court room. But during the five big gun battles I was with them, she never fired a gun. But I’ll say she was a hell of a loader.

Writer Joseph Geringer, in his article Bonnie and Clyde: Romeo and Juliet in a Getaway Car, explained part of their appeal to the public then, and their enduring legend now, by saying “Americans thrilled to their ‘Robin Hood’ adventures. The presence of a female, Bonnie, escalated the sincerity of their intentions to make them something unique and individual—even at times heroic.

from my opinion ,actually the story of bonnie & clyde is quite familliar to this story..

FUN WITH DICK & JANE

21

Fun with Dick and Jane is a 2005 American comedy film, directed by Dean Parisot and starring Jim Carrey and Téa Leoni. The film, which is a remake of the 1977 film of the same name, is about an upper-middle-class couple, Dick and Jane Harper, who resort to robbery after the company for which Dick works goes bankrupt. It was released by Columbia Pictures on December 21, 2005.

The year is 2000, and we are introduced to the Harper family. The family members are Dick Harper, who works for a company in Los Angeles called Globodyne. Jane Harper works at a local travel agency and is often stressed at work. They have a son named Billy, who speaks mostly Spanish, as he is good friends with the family’s young Hispanic housekeeper, Blanca. They also have a dog, who liked to bark until he was fitted with a shock collar. Dick is ‘promoted’ to Vice-President of Communications by company CEO Jack McCallister and company CFO Frank Bascombe. He is also asked to appear on the show Money Life, where host Sam Samuels and then independent presidential candidate Ralph Nader dub him and all the company’s employees as “perverters of the American dream” and claim that Globodyne helps the super rich get even wealthier. As they speak, the company’s stock goes into a free-fall and is soon worthless, along with all the employees’ pensions, which are in Globodyne’s stock.

Dick arrives home to find an excited Jane, who informs him that she took his advice and quit her job in order to spend more time with Billy. Dick has to break the news over dinner, instantly alarming Jane. Dick tries to think positively, and tries for a few months to get a Vice Presidency at other corporations. After getting no job anywhere, Jane reveals that they’ll end up declaring bankruptcy in the next couple of months due to having everything in Globodyne stock.

Dick still tries to look on the bright side; stating that their house is worth $600,000. Jane then informs him that, since the fall of Globodyne, the local property market crashed, and that if they were to sell their house, they would owe the bank $150,000. After coming to terms with the prospect of being poor, Dick applies for low paying, dead-end jobs. After being fired from all local businesses, (with Dick being mistakenly deported to the Mexican border because of his slurring from getting punched in the mouth by an “illegal alien” trying to catch a painting job) and finding out that they have 24 hours before being evicted from their home, he decides that it’s time for the couple to turn to crime. Dick borrows Billy’s surprisingly realistic squirt gun and decides to rob a local convenience store. He emerges and orders Jane to burn rubber, as he stole a slushy, much to Jane’s amusement. After several failed attempts, they finally rob a head shop. Realizing that they get a thrill out of stealing, they make a profession out of this, going on nightly robbing sprees.

They climb their way up the crime ladder, becoming more professional with each passing night. Their last “job” is to rob a local bank by going undercover. All goes as planned, until another crime spree couple enters the bank, wearing Bill and Hillary Clinton masks (which Dick and Jane themselves used earlier) and armed with shotguns. They are revealed to be former employees of Globodyne; Dick’s jealous co-worker Oz and his wife Debbie. Dick and Jane escape, unharmed. They decide to stop their “profession” but it’s revealed that Dick is about to be indicted for his role in Globodyne’s demise (as most of the other employees of Globodyne have also reverted to criminal lifestyles), thus he starts drowning his sorrows at the local bar. While there, he and Jane encounter a drunk Frank Bascombe, who tells them that the crooked Jack McCallister signed off all of Globodyne’s assets (totaling $400 Million), dumped the entire stock, and that he paid Bascombe $10,000,000 to keep his mouth shut (as it was McCallister’s plan from the beginning because he felt burnt-out).

After Frank sobers up, they make a team and, through a devious and well put together plan, dupe Jack McCallister into reimbursing all of his former employees’ pensions.

Although McCallister catches them in the act, Dick is able to still reimburse all of the former employees because he got McCallister’s signature. Thus his wife, an art major, was able to forge his signature. The next day, Dick informs Jack of the act as the press flock to him. The film ends with the wealthy Harper family driving along the highway and into the sunset, as another car drives up to them. In the car is Garth, his neighbor who tells Dick he’s got a great new job at a company called Enron.

can you and your couple be like them ????….


Leave a comment »

I LIVE MY LIFE FOR YOU

Would you accept me as your….
I know that you’re not ready yet to claim me as your…
But I think, I have to say this to you..
First of all, when I first I meet you in a digital fantacy world
I’m start want to know you better eventhough we never knew each other yet
Frankly speaking, I ‘ve my decisions, my decision is I want you, I will always be here, waiting for you..
I will always be with you, cause I’m your crying shoulder
I’ll be the fan of you life, cause you my survival
I will standing here
I will waiting for you
To be your soul mate
To be your crying shoulder
I’m here now, waiting for you….
– Muhamad Taufik Bin Kamarudin

Leave a comment »

budakgemuk STUDIOS : KUNO written by Thawfiquez

it’s all about malay

kuno-i

this the story that i wrote during my school life time..the story tell us about malay student who has a different mind and idea towards their culture and friendship

Leave a comment »

budakgemuk STUDIOS : Aku Emcee Mulut Celupar

my latest poem project is still in the making..i’m star searching for thr ryhme and beat
budakgemuk-studio-one-tt-copyj1

Leave a comment »

Budakgemuk STUDIOS : THE PRINCIPLES OF LOVE

To love another person is to see the face of God

-Les miserabies ( screen play )

Kita berbeda dalam semua kecuali cinta

-sok hok gie (activist)

True love is like ghost, which everybody talks about and few have seen

-La Rochefoucould ( author )

Life without love is like a tree without blossoms or fruit

-khalil gibran (author)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan

-prof dr hamka ( sasterawan)

When the power of love overcomes the love of power, the world will know peace

-jimi Hendrix (musician)

To love someone deeply gives you strength, being loved by someone deeply give you courage

-lao tzu (philosopher)

Love is a promise, love is souvenir. Once given never forgotten, never let it disappear

-john lennon (musician)

Ya benar Cinta itu memang membunuh dan membikin luka , tapi cinta juga adalah penawarnya, penawar untuk luka itu

– prof.emeritius dato dr muhamad taufik bin kamarudin (philosopher)

Leave a comment »

budakgemuk STUDIOS

MY OFFICIAL COMPANY LOGO
budakgemuk-studio-one-tt

Leave a comment »